Monday 26 September 2011

KARIPAP

Karipap kesukaan ramai; yg rangup bersama inti yg lazat. Rasa sebiji pasti nak lagi!!

Sesuai utk hidangan setiap masa di mana sahaja. Untuk jamuan meeting, birthday party atau majlis keraian. Minimum order 50 pcs.

Friday 23 September 2011

FRUIT TART

Fruit tart yg pasti menampilkan majlis anda kelihatan eksklusif dan ade classsss!!
(kelasssss kau Jah....;)

Kulit tart freshly baked from my oven dijamin rangup walau dilimpahi dengan filling kastard didalamnya. Hanya menggunakan buah-buahan segar yg terpilih lagi berkhasiat. Sangat sesuai sebagai hantaran pertunangan atau perkahwinan, juga sebagai doorgift.

AUNTIESU BAKERY 013- 3388895 sedia dihubungi utk tempahan. TQ

Wednesday 21 September 2011

CHEESE TART

Cheese tart yg digemari ramai. Didatangkan dengan size S.. Filling/inti Blueberry, strawberry dan kiwi..

Kulit tart yang rangup, ditambah dengan keenakan cheese serta filling di dalam pastri membuatkan anda tidak melepaskan peluang utk menikmatinya!!

Dihiasi dengan pelbagai corak menarik amat sesuai utk sebarang acara jamuan anda. Doorgift, party pack juga disediakan atas permintaan pelanggan dengan extra charge yg berpatutan.

Tuesday 20 September 2011

AUNTIESU'S COOKIES

Setakat ini semua kukis hanya untuk tempahan sempena musim perayaan. Harga dari RM20-RM25 sahaja. (harga tertakluk pd perubahan semasa). Belian secara pukal akan diberi diskaun istimewa.

Diperbuat drpd butter yg halal dan bermutu tinggi, kelazatan serta kesegaran kukis juga terjamin.  Pembungkusan dalam bekas yg menarik sesuai juga dihadiahkan kpd keluarga di kampung. Untuk makluman AUNTIESU BAKERY juga sedia menerima tempahan hamper biskut raya mengikut permintaan pelanggan dengan harga yg amat berpatutan.



Almond London
The 1st Hot Sales every year!!
 
Dark Piping

Sarang Semut
Hot Sale!!

Fancy Ice Cream
Hot Sale!!

Tart Nenas
(jem nenas freshly homemade)

Crystal Ball

Snowy Oat


Cornflakes Madu
(dijamin rangup!!)



Sunday 18 September 2011

KEK KARAMEL

Terhangat di pasaran!! Bahagian atas adalah puding karamel, manakala di bahagian bawah adalah kek..,
Dihasilkan dengan berwarna warni umpama pelangi, puding karamel yg tidak terlalu manis dan kek yg sgt lembut; satu kombinasi yg cukup menarik menjadikannya sungguh istimewa utk dinikmati.

Tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa pastinya sgt teruja utk mencapai seketul demi seketul kek karamel ini di meja hidangan.



Sesuai utk sebarang majlis, sebagai hantaran mahupun dijadikan buah tangan/hadiah utk keluarga dan teman2..Berminat utk merasai kelazatannya??? AUNTIESU BAKERY sedia dihubungi utk tempahan anda 013- 3388895..TQ

Friday 16 September 2011

ROTI JALA

Lembut dan tetap lembut walaupun setelah seharian. Itulah keistimewaan roti jala AUNTIESU BAKERY. Maka tidak hairan lah customer selalu repeat order. Sekali oder pasti nak lagi;)
Jalanya yang halus, dibuat dengan penuh ketelitian menjadikannya sangat sesuai utk menyerikan majlis anda. Tidak kira open house, birthday party, kenduri, majlis2 korporat atau sebarang majlis keraian.

Minimum order 1box @100pcs with kuah RM40 without kuah RM30.




Kari ayam + kentang

Berminat untuk tempahan?? Hubungi AUNTIESU BAKERY skrg.

Thursday 15 September 2011

PULUT KUNING


Open for order..Pulut kuning sesuai dihidangkan bersama rendang atau gulai kari.  Untuk majlis kenduri atau apa sahaja jamuan, pulut kuning pasti mendapat sambutan. Boleh request untuk pek individu dengan caj berpatutan.  AUNTIESU BAKERY sedia dihubungi 013-3388895.

Saturday 10 September 2011

APAM DOT DOT/POLKADOT

Fenomena apam dot2 kini di mana-mana!! Saiznya yg comel dan berwarna-warni menjadi tarikan kepada sesiapa sahaja.Apam dot2 ini sungguh gebu dan boleh bertahan sehingga tiga hari dalam suhu bilik. Boleh juga difrozenkan.

Di dalam apam dot2 terdapat filling/inti yg boleh dipilih samada kaya, strawberry atau blueberry. Sangat sesuai dijadikan doorgift atau party pack utk majlis istimewa anda. Belum pernah merasai kelazatan apam dot2??? Cubalah sekarang.

NEW UPDATE : Tempahan utk apam polkadot AUNTIESU BAKERY ditutup sementara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...